Thursday 21 November 2013

Garam Buluh vs Garam Biasa



Garam merupakan penarik toksid / asid / racun dalam darah atau tubuh . Garam juga mampu seimbangkan balik sistem tubuh kita dan merupakan Sunnah Nabi.


Apa itu garam biasa?
- Garam biasa adalah garam harian yang kita biasa gunakan untuk memasak. Yang mana garam ini boleh didapati di mana-mana giant, tesco atau kedai apek.

Apa itu garam buluh?
- Garam buluh adalah garam yang dimasak didalam buluh dengan menggunakan proses tertentu untuk membuang toksin & kesan pencemaran serta bertujuan meningkatkankandungan mineral dalam garam



BEZA antara garam buluh dan garam biasa?

Garam Biasa - Garam buatan zaman moden mengandungi 99% Natrium Klorida dan bersifat ASID dan banyak menggunakan aditif akibat proses pengilangan dan mengandungi bahan kimia.




Garam Buluh - Garam yang di masak di dalam buluh secara berulang kali dan ditutupi dengan tanah liat dan di bakar menggunakan pokok pine pada suhu 1000 degree dan akan menghasilkan cecair dan ketulan bernama garam buluh dan ianya bersifat Alkali.



Kenapa Garam Buluh bukan Garam Biasa?
Garam biasa sekarang bukan lagi sama seperti zaman nenek moyang kita dahulu, garam sekarang diproses dari sumber yang terdedah kepada pencemaran & mengandungi banyak bahan kimia. Tambahan pula, garam biasa bersifat asid yang mana tidak memberi sebarang faedah kepada badan kita.



Garam buluh pula bersifat Alkali sebagai agen anti-pengoksidaan di dalam badan, membantu meningkatkan kandungan mineral di dalam badan dan membantu penyerapan zat-zat mineral di dalam badan. Tambahan pula garam buluh tinggi dengan kandungan Magnesium (Magnesium sangat bagus untuk badan) beserta dengan 80 jenis mineral baik untuk badan manusia (Mengikut laporan makmal).

Selain itu, garam buluh juga boleh;


  • Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya (logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas).
  • Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus.
  • Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.
  • Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.
  • Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.
  • Meningkatkan daya pemulihan badan.

Siapa yang patut menggunakan garam buluh?

Boleh digunakan di semua peringkat umur, boleh digunakan untuk mencegah dari mendapat penyakit. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Berdasarkan testimoni pengguna, garam buluh paling sesuai untuk Pesakit Diabetes, Darah Tinggi, Pengidap Asma, Batu karang, Masalah usus, Masalah buah pinggang, migrain dan bermacam-macam lagi.

Bagaimana nak menggunakan garam buluh?

Untuk masakan, boleh gunakan garam buluh masakan sebagai ganti garam biasa. Pada sesiapa yang suka menggunakan bahan perasa juga boleh gantikan dengan garam buluh sebagai penambah perasa, lebih selamat kerana bahan perasa boleh mendatangkan kesan sampingan.

Garam Buluh juga didapati dalam bentuk sachet untuk minuman.Juga terdapat dalam bentuk 3 in 1 Mineral Coffee.






dari http://www.wanafzan.com/2013/01/garam-buluh-vs-garam-biasa.html





No comments:

Post a Comment