Wednesday 4 December 2013

jaundice a.k.a kuning baby





duk ligat2 usha fb..terjumpa lak bende alah ni....teringat lak si Anas ni dulu..kesian sangat boleh dikatakan every week g klinik utk cek kuning ni sampai umo dia 21hari gak lah..sampai aku lak yang  nak nangis sbb dia asyik kena cucuk je..yang bestnye..sampai ke 5x cucuk bru dia nangis....yg first sampai 4th tu langsung x dengar bunyi..(kuat tul kaki dia..langsung xheran kne cucuk)...sampai kene jumpe doc la...risau gak lau kene tahan wad...lagi xsanggup dgn aku yg kene caeseran...nk bangun ngn nk jaga tmpat luka tu....masya Allah..Hanya Tuhan je yang tau sakit tu....

time dia kene kuning tu..mcm2 aku buat,,,susu cap gantung ni kompom la bagi....tapi jenuh gak la nk kejut dia bangun...sampaikan aku blh rest dr pas dia mandi pagi pai tgh hari dia xbangun...then bagi minum susu kambing fresh lagi (terbaik dari ladang abg ipar tu )..pastu mandi air daun kucai rebus la...tapi alhamdulillah la juga hari ke 25 tu kuning dia turun 9....lau x..mula2 bacaan 18..risau dah....

ni da jumpa tips tuk elak dri kene kuning...so pasni ibu dan bakal ibu amalkan lah..supaya bby xkene cucuk sbb kuning...

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.


BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Photo: Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.

Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz semuanya terkandung dalam QASEH.

Sila baca yer..

NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena. 

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning. 

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH Tohour.

Wassalam.


Thursday 21 November 2013

Garam Buluh vs Garam Biasa



Garam merupakan penarik toksid / asid / racun dalam darah atau tubuh . Garam juga mampu seimbangkan balik sistem tubuh kita dan merupakan Sunnah Nabi.


Apa itu garam biasa?
- Garam biasa adalah garam harian yang kita biasa gunakan untuk memasak. Yang mana garam ini boleh didapati di mana-mana giant, tesco atau kedai apek.

Apa itu garam buluh?
- Garam buluh adalah garam yang dimasak didalam buluh dengan menggunakan proses tertentu untuk membuang toksin & kesan pencemaran serta bertujuan meningkatkankandungan mineral dalam garam



BEZA antara garam buluh dan garam biasa?

Garam Biasa - Garam buatan zaman moden mengandungi 99% Natrium Klorida dan bersifat ASID dan banyak menggunakan aditif akibat proses pengilangan dan mengandungi bahan kimia.




Garam Buluh - Garam yang di masak di dalam buluh secara berulang kali dan ditutupi dengan tanah liat dan di bakar menggunakan pokok pine pada suhu 1000 degree dan akan menghasilkan cecair dan ketulan bernama garam buluh dan ianya bersifat Alkali.



Kenapa Garam Buluh bukan Garam Biasa?
Garam biasa sekarang bukan lagi sama seperti zaman nenek moyang kita dahulu, garam sekarang diproses dari sumber yang terdedah kepada pencemaran & mengandungi banyak bahan kimia. Tambahan pula, garam biasa bersifat asid yang mana tidak memberi sebarang faedah kepada badan kita.



Garam buluh pula bersifat Alkali sebagai agen anti-pengoksidaan di dalam badan, membantu meningkatkan kandungan mineral di dalam badan dan membantu penyerapan zat-zat mineral di dalam badan. Tambahan pula garam buluh tinggi dengan kandungan Magnesium (Magnesium sangat bagus untuk badan) beserta dengan 80 jenis mineral baik untuk badan manusia (Mengikut laporan makmal).

Selain itu, garam buluh juga boleh;


  • Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya (logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas).
  • Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus.
  • Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.
  • Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.
  • Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.
  • Meningkatkan daya pemulihan badan.

Siapa yang patut menggunakan garam buluh?

Boleh digunakan di semua peringkat umur, boleh digunakan untuk mencegah dari mendapat penyakit. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Berdasarkan testimoni pengguna, garam buluh paling sesuai untuk Pesakit Diabetes, Darah Tinggi, Pengidap Asma, Batu karang, Masalah usus, Masalah buah pinggang, migrain dan bermacam-macam lagi.

Bagaimana nak menggunakan garam buluh?

Untuk masakan, boleh gunakan garam buluh masakan sebagai ganti garam biasa. Pada sesiapa yang suka menggunakan bahan perasa juga boleh gantikan dengan garam buluh sebagai penambah perasa, lebih selamat kerana bahan perasa boleh mendatangkan kesan sampingan.

Garam Buluh juga didapati dalam bentuk sachet untuk minuman.Juga terdapat dalam bentuk 3 in 1 Mineral Coffee.






dari http://www.wanafzan.com/2013/01/garam-buluh-vs-garam-biasa.html





Wednesday 20 November 2013

Info Garam Buluh...mai nk citer....

mesti korang tertanya2 kn...pe tu garam buluh?? ni yang nk gtau tu....mane datangnye garam ni...ape yang terkandung dalam garam ni berbeza ngan garam biasa tu....


Sumber Garam Buluh daripada garam yang dijemur di bawah matahari mengandungi 100% organik  semulajadi . Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea.





Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk.


Garam buluh telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan (misalnya logam berat dan bahan kimia) dalam proses pembuatannya, pada masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya. Kebanyakan garam melalui pemprosesan kimia, kandungan natrium adalah lebih tinggi, justeru itu, pengambilan masa panjang akan memudaratkan kesihatan.
  



Friday 15 November 2013

Perkara yang Merosakkan Otak!!!!

ade 10 je perkaranye..tapi ni lah yang kiter selalu buat and yang kiter wat hari2...tapi bukan ke semuanya...salah satu o duanya tu kiter yang buat...

niat tuk berkongsi disamping perbaiki diri sendri....wallahualam
sharing is caring...love is loving

1) tido lebih2 pun x elok..lelama otak x berfungsi..
2) mkn bende manis2..bukan ley wat effect otak je...senang gak dpt kencing manis..
3) x bace Quran...tgk!!Quran tu makanan hati n jiwa...so kene amik gak
4) hidu udara yang tercemar...hurm nk wat cmne..lapisan ozon pun da nipis...tambh lagi kenderaan banyak di jalanan...
5) merokok..bg yang lelaaaki...rokok tu haram...membahayakn kesihatan!!!!!diri sndri dan org keliling..
6) x breakfast!!!srpn pagi tu tuk tmbh tenaga.so kene ambik
7) jarang berfikir!!..so pasni kene fikir banyak2...otak kene asah!!
8) kurg imaginasi...oo angan2 tu pentiing untuk realisasikan cita2 anda...
9) makan banyak...sape xsuka kan..semua makanan sedap2..pasni kene puasa...ganti pose yg xabih lagi tu...
10) tdo ttp muka!!!so tido pasni sila terlentang xpun mengiring,...supya gas co2 kuar n masuk o2 je...

Saturday 9 November 2013

Cantik dengan BBplus




BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.



Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.


Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida  
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Friday 8 November 2013

THINK out of BOX


                                                    ITIK POTATO CHIPS....



FRUITS NINJA...wattcccchaaa


chicken dance.....via finger...amazing

Tuesday 5 November 2013

Anas Muhammad

dah hampir 4 bulan dah anak ibu.. macam tak percaya je..sekejap sgt masa berlalu... semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat

Tuesday 22 October 2013

oh mY PARUTTTT

Ini testimoni diri sendiri ye...haha lain yang nak di hilangkan..lain pulak yang terhilang dulu... but i like that...

pakai sabun nk dekat sebulan kot...sebenarnya nak hilangkan jeragat kat muka ngn tempat yang gatal tu....tapi yang heran bin ajaibnye...tadi duk sapu losyen baby anas..tertengok tangan...hai mane warna parut yang gelap tu..xde dah...parut tu da makin kecil luas nye..(eh betul ke..macam ilang sikit la...).

hahaha patut la tangan ni da  tak alergik sabun breeze dah..kalau dulu tenyeh baju guna sabun cepat je da luka n merah tangan..skunk da kurang...Alhamdulillah...

tetiba tengok tangan terkejut...n selama ni xperasan pun...
parut yg kene minyak masak dlu da beransur pudar warna dia yang gelap tu...hahaha suka2 sgt.....xyah nk sapu losyen bagai lagi dah,,..setiap ari cuci muka dgn ‪#‎sabun‬ ‪#‎marine‬..so tercuci tgn sekali...hahaha best2...2in1

Tuesday 8 October 2013

KENAPA MESTI MARINE ESSENCE.....

Ni dia terdapat testimoni about sabun ni...
kulit akak ni doc kata mcm KULAT....
remember that kulat biasa terdapat di tempat2 yang lembab espacially tempat yang rsenye semua tahu n paham kot...( malu la nk ckap) :)




MARINE ESSENCE BEAUTY BAR

Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.
Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.
Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!
BAHAN-BAHAN
Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.
Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.
Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.
Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.
Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.
Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.
Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.
CARA PENGGUNAAN
Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.

Mari Kita Berorientasi...

assalamualaikum.....

Hish dah lama tak tulis text ni...tetiba kene berucap bagi mukadimah pun da tak tau nk tulis..
saya ni orang baru di sini....
tetiba tangan ni gatal menaip blogger..nk jugak try ape bende ni..hahaha (tapi tak tau mane muka mane ekor)
sudahnya terjah saje....

firstly nk share...sebanarnya bosan asyik mengadap bende yang sama je setiap kali on9..so tu yang try buka bende alah ni...bak kata org...jauh perjalanan luas pengalaman...so lagi bnyk kta google...lagi bnyk kita tau...kan.... :)

second....blog ini di wujudkan untuk berkongsi....saya ni tak kreatif...tapi suka bende2 pelik dan yg mempunyai hasil seni...oleh itu tunggu kemunculan apakah itu.....jeng..jeng..jeng...

last but not least....
jgn lupa follow sy ke...hahaha (mcm la top sgt kan...kikikiki)